TIAN CHUA HADIR DI MAHKAMAH, WARAN TANGKAP DIBATALKAN

 

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Mahkamah Majistret di sini membatalkan waran tangkap terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Nasional Tian Chua yang dikeluarkan Isnin lepas kerana gagal hadir perbicaraan kesnya hari itu, setelah dia muncul di mahkamah pada Rabu.

Majistret Wan Fatimah Zaharah Wan Yussof bagimanapun menaikkan jumlah ikat jamin Tian Chua daripada RM2,000 kepada RM6,000 dengan seorang penjamin.

Tian Chua dituduh sebagai anggota perhimpunan haram, telah mengingkari perintah untuk bersurai di hadapan Masjid Jamek dan di Jalan Raja Alang, Kampung Baru di sini yang telah diberikan oleh Pesuruhjaya Penolong Kanan Polis II Zainal Abidin Ali pada 9.20 malam 21 Nov 1999.

-- BERNAMA